Sharh Hadis Puasa ‘Arafah, ‘Ashura dan Isnin oleh Syaikh Sulayman al-Alwan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih.

Ini merupakan terjemahan ke atas sharh Syaikhul Islam Sulayman ibn Nasir al-‘Alwan ثبته الله ke atas kitabnya yang masyhur, Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam, yang dikarang oleh al-Hafidh Ibn Hajar al-‘Asqalani رحمه الله di dalam bab puasa hari ‘Arafah, semoga bermanfaat:

عن أبي قتادة الأنصاري رضي الله تعالى عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سُئلَ عن صوم يوم عرفـة . فقال : ( يكفر السنة الماضية والباقية ) وسُئِل عن صوم يوم عاشوراء . فقال : ( يكفر السنة الماضية ) وسئل عن صوم يوم الإثنين ، فقال (ذلك يوم ولدت فيه وبعثت فيه وأنزل عليّ فيه) ،رواه مسلم في صحيحه قال رحمه الله حدثنا محمد بن المثنى وابن بشار واللفظ لابن المثنى قال حدثنا محمد بن جعفر عن شعبة عـن غيلان بن جرير سمع عبدالله بن معبد عن أبي قتادة رضي الله عنه .
ورواه أبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه بمعناه .

Daripada Abi Qatadah al-Ansari radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam ditanya berkenaan puasa pada hari ‘Arafah, maka baginda bersabda: [Ia menghapuskan dosa pada tahun yang lepas dan yang akan datang.], dan baginda disoal berkenaan puasa hari Ashura, baginda bersabda: [Ia menghapuskan dosa pada tahun yang lepas.], dan baginda disoal berkenaan puasa pada hari Isnin, baginda bersabda: [Pada hari itu aku dilahirkan, dan dibangkitkan menjadi Rasul, serta diturunkan kepadaku al-Qur’an.], (hadis ini) Diriwayatkan oleh Muslim dalam al-Sahih, beliau rahimahullah berkata: Haddathana Muhammad bin al-Muthanna dan Ibn Bashshar, dan lafaznya di sisi Ibn al-Muthanna, (beliau berkata), haddathana Muhammad bin Ja’far, daripada Shu’bah daripada Ghilan ibn Jarir, bahawa beliau mendengar ‘Abdullah bin Ma’bad daripada Abi Qatadah al-Ansari radhiyallahu ‘anhu (sedemikian), ia diriwayatkan juga oleh Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasa’ie, Ibn Majah dan lain-lain.

KELEBIHAN PUASA HARI ‘ARAFAH & PERBAHASAN DOSA APAKAH YANG DIAMPUNKAN? 

والحديث يدل على فضيلة صيام يوم عرفة لغير الحاج لأن النبي صلى الله عليه وسلم لم يكن يصوم بعرفة ولا كان أبو بكر وعمر وعثمان يصومون بعرفة يوم كانوا حجاجاً إنما يشرع الصيام لغير الحاج وأما الحاج فمشروع له الفطر وإن كان يقدر على الصيام لأن هذا فعل النبي صلى الله عليه وسلم وفعل الخلفاء بعده، وصيام يوم عرفة لغير الحاج يكفر سنتين السنة الماضية والسنة القابلة وقد قيل إن تكفيره لسنة القابلة بأن يوفق لترك المعاصي وفي هذا نظر والأولى حمل الحديث على ظاهره، وذلك بأن مايعمله من المعاصي فإنها مكفرة وهل التكفير يقع للصغائر دون الكبائر أم أن التكفير يعم الكبائر والصغائر قولان عند أهل العلم :

Dan hadis ini menunjukkan kepada kelebihan puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang tidak menunaikan haji kerana Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam tidak pernah berpuasa pada hari ‘Arafah (ketika melaksanakan haji), tidak juga Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Uthman (berpuasa) ketika mereka melaksanakan haji, sesungguhnya yang disyari’atkan puasa itu ialah bagi orang yang tidak melaksanakan haji, adapun yang menunaikan haji, maka disyari’atkan (disunnahkan) bagi mereka untuk berbuka sekalipun mereka mampu untuk berpuasa kerana ia merupakan perbuatan Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam dan perbuatan khalifah-khalifah selepasnya, dan puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang tidak melaksanakan haji menghapuskan dosa dua tahun; iaitu yang lepas dan yang akan datang, dan dikatakan bahawa (makna) diampunkan dosa tahun yang akan datang itu bermakna diberikan Allah tawfiq (petunjuk) untuk meninggalkan dosa-dosa, dan dalam isu ini terdapat beberapa perbahasan, yang pertama; mereka yang mengambil hadis melalui zahirnya (iaitu apa yang dilakukan oleh seseorang itu berupa maksiat pada hari akan datang; pasti akan diampunkan), dan adakah penghapusan dosa itu berlaku pada dosa-dosa kecil tanpa dosa-dosa besar, atau penghapusan dosa itu umum merangkumi dosa kecil dan dosa besar, (isu ini terpecah kepada) dua pendapat di sisi ahl al-‘ilm, ;

القول الأول : قول الجمهور أن التكفير يقع للصغائر دون الكبائر لقول الله { إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ } (النساء), ولما روى الإمام مسلم رحمه الله من طريق العلا ابن عبدالرحمن بن يعقوب الحرقي مولاهم عن أبيه عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( رمضان إلى رمضان والجمعة إلى الجمعة مكفرات لما بينهنّ مالم تغش الكبائر ) فهذا نص صريح على أن صيام رمضان والصلوات الخمس لاتكفر الكبائر وإنما يكفر الكبائر الندم والتوبة ،فإذا كانت الصلوات الخمس لاتقوى على تكفيرالكبائرفمن باب أولى صيام يوم عرفة لأن الصلاة أفضل من الصيام خصوصاً إذا كانت الصلاة فرضاً وهذا قول الأئمة الأربعة وذكره ابن عبدالبر في التمهيد إجماعاً ورد على المخالف في هذه القضية .

Qawl yang pertama: Qawl jumhur (‘ulama) bahawa penghapusan dosa itu hanya pada dosa-dosa kecil tanpa dosa-dosa besar, berdasarkan firman Allah: [Sekiranya kalian menghindari dosa-dosa besar yang dilarang ke atas kalian, nescaya kami hapuskan dosa-dosa kalian..], (al-Nisa: ٣١) dan sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah daripada riwayat al-‘Ala’ ibn ‘Abd al-Rahman, daripada mawla mereka, Ya’qub al-Haraqi, daripada bapanya, daripada Abi Hurayrah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, baginda bersabda: [Ramadan kepada Ramadan (pada tahun hadapan), dan Jumu’ah kepada Jumu’ah (pada minggu hadapan), (keduanya) penghapus dosa bagi hari-hari antaranya selagimana tidak melakukan dosa-dosa besar.], maka ini merupakan nas yang jelas bahasa puasa Ramadhan, dan salat-salat wajib tidak menghapuskan dosa-dosa besar, dan yang menghapuskannya ialah penyesalan yang sebenar-benarnya dan tawbah (pengembalian hamba kepada Tuhannya), dan sekiranya salat-salat wajib pun tidak mampu untuk menghapuskan dosa-dosa besar seseorang, maka dari sudut keutamaan, puasa hari ‘Arafah (pula lebih-lebih lagi tidak mampu), kerana salat lebih utama berbanding puasa secara khusus, sekiranya salat itu salat fardhu, dan ini merupakan qawl imam-imam mazhab yang empat, dan Imam Ibn ‘Abd al-Barr telah menaqalkan ijma’ akan perkara ini buat menolak hujjah mereka yang membantahnya,

القول الثاني : قول أهل الظاهر وهو أن التكفير يقع للكبائر والصغائر معاً وانتصر لهذا القول شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله وذكر في كتاب الإيمان عشرة أوجه ينتصر بها لهذا القول، وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم كما في الصحيحين من حديث أبي هريرة ( من حج لله فلم يرفث ولم يفسق رجع من ذنوبه كيوم ولدته أمه ) فهذا الحديث من أدلة شيخ الإسلام رحمه الله بتكفير الأعمال للكبائر، وقد سبق بحث هذه القضية بأدلتها وينبغي لطالب العلم أن يراجع كتاب ( الإيمان ) ليستفيد من تقرير شيخ الإسلام رحمه الله لهذه المسألة .

Qawl kedua: Qawl mazhab Zahiri, iaitu penghapusan dosa meliputi dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil, kedua-duanya bersama, disokong qawl ini dengan qawl Syaikhul Islam Ibn Taimiyyal dan perkataannya di dalam Kitab al-Iman, berkenaan sepuluh wajah untuk menyokong qawl ini, dan Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam telah bersabda sepertimana yang diriwayatkan di dalama al-Sahihayn daripada hadis Abi Hurayrah radhiyallahu ‘anhu, baginda bersabda: [Sesiapa yang berhaji kerana Allah, lantas dia tidak melakukan perkara-perkara lucah, atau melakukan penipuan, maka dia pulang dalam keadaan (diampunkannya dosanya) seperti dia baru dilahirkan oleh ibunya (bayi yang tiada dosa).] Hadis ini merupakan antara dalil Syaikhul Islam rahimahullah berkenaan hujjah penghapusan dosa-dosa besar, dan kajian berkenaan perkara ini telah pun dilakukan beserta dalil-dalilnya, maka hendaklah para penuntut ilmu kembali merujuk kitab al-Iman untuk mengambil faedah darpada kenyataan Syaikhul Islam rahimahullah berkenaan masalah ini.

KELEBIHAN PUASA HARI ‘ASHURA

قوله : [ وسئل عن صيام يوم عاشوراء ] يوم عاشوراء يوم تعظمه يهود لأنه يوم نجى الله فيه موسى وقومه من آل فرعون فصامه الرسول صلى الله عليه وسلم وقال نحن أحق بموسى منكم، وقال صلى الله عليه وسلم ( لأن بقيت إلى قابل لأصومنَّ التاسع ) . وذلك من أجل مخالفة اليهود في إفراده, صيام يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية وهو أقل ثوباً من صيام يوم عرفة لغير الحاج لأن صيام يوم عرفة يكفر سنتين وصيام يوم عاشوراء يكفر سنة واحدة ,وهل يشترط بالتكفير أن يصوم التاسع مع العاشر . الجواب : لا فلو صام عاشوراء لحصل له التكفير فإن قيل صيام عاشوراء لاتحصل به المخالفة فنقول إن المخالفة لليهود تحصل ولو مرة واحدة في العمر كقوله صلى الله عليه وسلم صلوا بالنعال فإن اليهود لايصلون بنعالهم لو أن رجلاً صلى بنعاله مرة واحدة في العمر خرج بذلك عن مشابة اليهود فلا يشترط في جميع العمر أن يصوم التاسع مع العاشر فإن المخالفة تصدق ولو مرة واحدة كما هو مقرر عند جماعة من أهل الأصول كما أن الواجب يصدق فعله في مرة واحدة مالم تدل قرينة التكرار ففي الصحيحين من حديث أبي سعيد أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( إذا أذن المؤذن فقولوا مثلما يقول ) إذا تابعن أحد المؤذنين مرة واحدة أدّين المطلوب فإذا أذن الثاني استحب متابعته والمقصود أن صيام يوم عاشوراء يكفر سنة وصيام يوم قبله أفضل من إفراده

Dan lafaz hadis: [Baginda disoal berkenaan puasa hari ‘Ashura], hari ‘Ashura merupakan hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi kerana pada hari itu Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya (Bani Isra’il) darilada kekejaman Fir’aun, maka Rasulullah berpuasa padanya dan berkata kami lebih berhak ke atas Musa berbanding kalian (Yahudi), dan baginda juga bersabda: [Sekiranya aku masih hidup lagi pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan juga.], dan ini kerana bertujuan untuk menyelisihi perbuatan orang Yahudi yang melaksanakan puasa ‘Ashura sahaja, puasa hari ‘Ashura menghapuskan dosa tahun yang lepas, dan ia lebih kurang keutamaannya berbanding puasa hari ‘Arafah bagi yang tidak menunaikan haji, kerana puasa hari ‘Arafah menghapuskan dosa selama dua tahun (yang lepas dan yang akan datang), manakala puasa hari ‘Ashura menghapuskan dosa sebanyak setahun yang lepas sahaja, dan adakah disyaratkan agar berpuasa pada hari kesembilan untuk mendapatkan ganjaran penghapusan dosa, jawabannya: Tidak, sekiranya seseorang itu berpuasa pada hari ‘Ashura sahaja maka dia juga akan mendapat ganjaran tersebut, sekiranya dikatakan ganjaran tersebut tidak akan dapat diperoleh kecuali dengan melakukan mukhalafah (berpuasa pada hari ke-9 juga) maka dikatakan kepada mereka bahawa: Mukhalafah al-yahud boleh sahaja dilakukan walau sekali dalam hidup, kerana pernah sekali Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam bersalat dengan memakai selipar baginda kerana orang-orang Yahudi bersembahyang dalam keadaan tidak memakai selipar, maka sesiapa yang melakukan seperti Nabi walau sekali dalam hidup maka ia telah keluar daripada perbuatan menyerupai orang Yahudi, dan telah melakukan mukhalafah, maka tidak disyaratkan untuk melakukan mukhalafah untuk mendapatkan ganjaran ini kerana ia diambil kira walau seseorang pernah melakukannya sekali seumur hidupnya, dan inilah yang diperkatakan oleh ahl al-Usul, bahawa seseorang itu hanya wajib melakukan sesuatu itu sekali sahaja selagimana tiada qarinah yang menunjukkan perbuatan itu mengharuskan pengulangan, sepertimana yang diriwayatkan dalam al-Sahihayn daripada hadis Abu Sa’id al-Khudri, [Apabila mu’azzin melaungkan azan, maka katakanlah seperti yang dia katakan.], berdasarkan hadis ini, seseorang hanya wajib menjawab azan yang didengari kali pertama sahaja, sekiranya dia mendengar azan kali kedua maka menjadi mustahab bagi dia untuk menjawabnya, difahami juga bahawa puasa hari ‘Ashura-lah yang (mengambil hukum) menghapuskan dosa tahun yang lepas manakala puasa sehari sebelumnya itu (mengambil hukum mustahabbat) lebih afdal berbanding puasa satu hari sahaja.

وأما حديث ( صوموا يوماً قبله ويوماً بعده ) فهذا رواه الإمام أحمد ومداره على محمد ابن عبدالرحمن ابن أبي ليلى وقد قال عنه الإمام أحمد كان سيء الحفظ مضطرب الحديث وأيضاً قد خولف في إسناده فالخبر منكر ولايصح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه رغب بصيام ثلاثة أيام في عاشوراء وإنما جاءت فضيلة صيام ثلاثة أيام بأدلة عامة لاتختص بشهر الله المحرم ,وكذلك الحديث الآخر ( صوموا يوماً قبله أو يوماً بعده ) هذا الخبر منكر, وقد روى عبدالرزاق بالمصنف بسند صحيح عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال (صوموا التاسع مع العاشر) وهذا هو المحفوظ .

Adapun hadis; [Berpuasalah hari sebelumnya, dan hari selepasnya], maka ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan madar-nya ialah pada Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn Abi Layla, dan dia telah diperkatakan oleh Imam Ahmad bahawa dia mempunyai hafazan yang buruk, digelar mudtarib al-hadis, dan isnad-nya telah diselisihi maka khabarnya munkar dan tidaklah sahih daripada Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam, bahawa baginda menganjurkan puasa 3 hari ‘Ashura dan telah diriwayatkan berkenaan keutamaan berpuasa 3 hari setiap bulan secara umum, namun tidaklah dikhususkan pada bulan Muharram sahaja, begitu juga dengan hadis yang lain iaitu; [Berpuasalah sehari sebelumnya, atau sehari selepasnya.] Khabar ini munkar. Dan telah diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf dengan sanad yang sahih daripada Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahawa beliau berkata: [Berpuasalah pada hari ke-9, beseta hari ke-10.], dan inilah (lafaz) yang terpelihara.

KELEBIHAN PUASA HARI ISNIN DAN PERBAHASAN MENGENAI MAWLID AL-NABIY

قوله [ وسئل عن صوم يوم الإثنين ، فقال : ذلك يوم ولدت فيه ] .
يشير بهذا النبي صلى الله عليه وسلم إلى أنه يشرع صيامه لأن يوم الإثنين يوم ولد فيه صلى الله عليه وسلم، وفيه تعرض الأعمال على الله جل وعلا فلذلك كان النبي صلى الله عليه وسلم يستحب أن يُعرض عمله وهو صائم ولذلك كان عليه الصلاة والسلام كثيراً مايصوم يوم الإثنين .وقد احتج بحديث الباب بعض الصوفية على الاحتفال بمولد النبي صلى الله عليه وسلم ويقولون بما أنه شرع صيام يوم الإثنين فكذلك يشرع الاحتفال بمولده، وأقول بصرف النظر عما يقع في الاحتفال من الشركيات والضلالات والبدع فإننا نقول إن جنس الاحتفال بالمولد بدعة وضلالة، فلو كان فهمُ هؤلاء الصوفية صحيحاً لكان الصحابة بهذا الفهم أولى فليس هناك أحدٌ من البشر أكثر تعظيماً للرسول صلى الله عليه وسلم من الصحابة ولا أكثر حباً له منهم ومع ذلك ماكانوا يحتفلون بمولده صلى الله عليه وسلم ولافعل هذا صحابيٌ قط، كذلك التابعون لهم بإحسان كذلك الأئمة الأربعة كلهم لم يكونوا يحتفلون بمولد النبي صلى الله عليه وسلم .

Dan pada lafaznya: [Baginda disoal berkenan puasa hari Isnin, maka baginda berkata: Padanya aku dilahirkan,..], Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam mengisyaratkan di sini bahwa disyari’atkan berpuasa pada hari Isnin kerana pada hari itu baginda dilahirkan, dan padanya diangkat sekalian amalan ke hadrat Allah, maka kerana itu Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam menyukai amalannya diangkat dalam keadaan baginda sedang berpuasa, maka kerana itu jua baginda seorang yang paling banyak berpuasa pada hari Isnin. Dan sebahagian kelompok Sufiyyah telah berhujjahkan menggunakan hadis ini untuk membolehkan amalan sambutan Mawlid al-Nabiy sallallahu ‘alayhi wasallam, dan mereka berkata bahawa puasa disyari’atkan pada hari kelahiran baginda, maka begitu juga sambutan terhadap hari tersebut, dan aku katakan sebaliknya, bahawa sambutan ini realitinya terkandung di dalamnya amalan-amalan daripada amalan syirik, dan kesesatan, serta bid’ah, dan kita katakan: Jenis sambutan ini ialah bid’ah yang menyesatkan. Dan sekiranya mereka itu benar, nescaya para Sahabah akan memulakannya dan memahami sepertimana mereka fahami, kerana tidak ada manusia yang lebih mengagungkan dan lebih mencintai Rasulullah sallallahu alayhi wasallam kecuali sahabat baginda, dan mereka tidak pernah menyambut pun perkara ini, tiada seorang pun daripada mereka melakukannya, begitu para tabi’in, begitu juga para imam-imam mazhab yang empat, mereka semua tidak pernah menyambut Mawlid al-Nabiy ini.

وإنما أحدث هذا الفاطميون وهم أهل جهل وضلال وأهل بدع، وشرك فإنهم حين بعدوا عن الدين واعتاضوا عن الهدى بالضلال وعن الرشاد بالغي أحدثوا هذه الاحتفالات المبتدعة . وأما حديث الباب فإنما يدل على مشروعية الصيام يوم الإثنين ولايدل على مشروعية الاحتفال ومن فهم هذا فعليه الدليل والواجب الرجوع إلى فهم الصحابة رضي الله عنهم ,وفي الحديث دليل على أن النبي صلى الله عليه وسلم ولد يوم الإثنين وأوحي إليه في يوم الإثنين وهذا بالإجماع وأدلته كثيرة

Dan sesungguhnya sambutan ini merupakan perbuatan kelompok al-Fatimiyyun (Syi’ah) dan mereka itu merupakan orang-orang yang jahil, sesat dan bid’ah, lagi syirik. Sesungguhnya mereka itu apabila jauh daripada agama yang benar dan berpaling daripada kebenaran kepada kesesatan, daripada petunjuk kepada kesesatan, mereka mereka-reka sambutan bid’ah seperti ini. Adapun hadis dalam bab ini, maka ia menunjukkan pensyari’atan untuk berpuasa pada hari Isnin dan bukannya pensyari’atan sambutan (Mawlid) dan barangsiapa yang memahami seperti ini maka ke atasnya dalil (bukti), dan wajib ke atas mereka untuk merujuk pemahaman para sahabat, dan melalu hadis ini dapat difahami bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan diwahyukan kepada baginda pada hari Isnin, dan ia merupakan ijma’, serta dalil-dalil berkenaannya amat banyak.

انتهي كلامه حفظه الله

Tamat kalam beliau, semoga Allah sentiasa menjaganya. Semoga Allah membebaskan beliau daripada tahanan penjara dalam keadaan yang dimuliakan dan penuh keteguhan!

 

Diterjemahkan oleh:

ABU FARUQ MUHAMMAD ADAM IMAN IBN AL-‘ARIFI

Pencinta Ilmu Hadis.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s