Pendirian Syaikhan [al-Tarifi & al-Alwan] berkenaan Dawlatul Islam [IS]

Konflik dalaman arena yang paling menonjol ialah isu Jamā’ah al-Dawlah al-Baghdādiyyah atau nama lainnya Negara Islam di Iraq & Shām, {دولة الإسلام في العراق والشام}, yang kini mengisytharkan pula nama mereka secara itlāq sebagai Dawlatul Islām [IS] yang mewajibkan bai’ah ummah secara am dan kāmilah, atas maksiat yang mereka lakukan dalam penipuan & pendustaan. Isu Dawlah paling menonjol selain isu kekejaman & jenayah Harakat al-Shabāb fi al-Sūmāl, cabang al-Qā’idah di Somalia. [al-Qā’idah pusat berlepas diri daripada perbuatan rosak mereka.]

Tidak asing lagi isu konflik antara Jabhat al-Nusrah dengan Dawlatul Islam fil Iraq dalam kalangan pemerhati arena jihad global, konflik yang bermula daripada rancangan Amir Dawlatul Islam fil Iraq (ISI), Abu Bakr al-Baghdādī yang membuka cawangan jihad di Syria atas nama Jabhat al-Nusrah li Nusrati Ahl al-Shām [جبهة النصرة لنصرة أهل الشام], di bawah pimpinan pemimpin kanan Dawlah yang terbaik sendiri, iaitu Abu Muhammad al-Jawlānī, melalui pendanaan Bayt al-Māl milik Dawlah. Namun apabila al-Baghdādī mengisytiharkan autoriti mereka untuk mendirikan wilayah al-kubrā di Shām, al-Jawlānī menolak perkara ini. Rentetan daripada itu serta konflik demi konflik maka terjadilah ia sepertimana kini.

Bukan di sini tempatnya untuk menceritakan konflik antara Jabhat al-Nusrah dengan Jamā’ah al-Dawlah atau dengan Tandhim Pusat, artikel kali ini menfokuskan tentang fatwā kedua-dua Syaikhān yang ulung, unggul dan dihormati dalam arena jihād, di sisi sekalian jihadi iaitu Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddith al-Muhaqqiq al-Hafiz al-‘Asr, Abdul Aziz bin Marzūq al-Tarīfī, seorang ahli hadis Arab Saudi kelahiran Kuwait, dan Ustādh al-Ummah, al-Imam al-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddith Sulaymān ibn Nāsir ‘Abdallah al-‘Alwān, seorang ahli hadis Arab Saudi kelahiran Buraydah, dekat al-Qassim. Kedua-dua mereka kini sedang di bawah tahanan pihak kerajaan Arab Saudi atas tuduhan yang hampir sama.

altarefealalwan

Kanan, Syaikh Sulayman al-‘Alan, manakala kiri pula Syaikh Abdulaziz al-Tarifi.

Mengapa mereka berdua?

Mereka berdua ialah tokoh panutan bagi sekalian yang terlibat, malah Mufti bagi Jama’ah al-Dawlah al-Baghdadiyyah [IS] iaitu Abu Sufyan Turki al-Bin’ali al-Sulami رحمه الله juga pernah menyatakan: Imamku ialah dua orang; iaitu al-Tarifi dan al-‘Alwan!

Justeru bagi yang mengaku berpanut pada kedua figure ini, hendaklah menuruti fatwanya!

RESPON ULAMA’ JIHAD DAN FIGUR UTAMA ARENA TERHADAP ISU DAWLAH

Setelah berlakunya konflik ini, para ‘ulama jihād senior semisal Abu Muhammad al-Maqdisi, Abu Qatādah ‘Umar al-Filistīnī, Abu al-Fadhl ‘Umar al-Hadūshī, Hānī al-Sibā’ī, Dr. Iyād Qunaybī, Abu Bāsir al-Tartūsī, serta sekalian murid-murid Syaikh Sulayman al-‘Alwan; menyatakan kecaman mereka yang keras ke atas Dawlah, pimpinannya, sekalian anasir Dawlah serta simpatisan mereka. Hinggakan Hānī al-Sibā’ī mengarahkan hajr (boikot) ke atas sekalian ansasir Dawlah dan larangan memulakan salam kepada mereka, kerana mereka merupakan ahli bid’ah yang terkena bid’ah Khawārij.

‘Ulama yang terlibat dalam arena di Shām semisal ‘Abdullah al-Muhaysani, ‘Abdul Razzaq al-Mahdi, Syarif Muhammad Fu’ad Huzza’, Ali al-‘Urjani, Muslih al-‘Ilyani, Abu Sulayman al-Muhajir, Abu Khalid al-Suri; lebih-lebih lagi terkehadapan dalam membantah dan mengecam bid’ah ekstrim yang dipelopori oleh Tandhim al-Dawlah ini.

Menurut penyokong-penyokong al-Qā’idah yang masih utuh dengan manhaj lama; Mereka [IS] telah menyimpang daripada manhaj tandhim yang asal iaitu manhaj Usāmah, Athiyyatullāh dan Abū Yahyā, mengingkari arahan pimpinan tertinggi waliy al-amr iaitu al-Zawahirī, menyelisihi para ‘ulama jihad semisal al-Maqdisi dan Abu Qatādah.

BENARKAH IMAM SULAYMAN AL-ALWAN MENYOKONG DAWLAH [IS}?

Secara ringkasnya, maklum mengetahui bahawa Imam memang menyokong tandhim di Iraq sejak pimpinan Abū Mus’ab al-Zarqāwī رحمه الله malah beliau ditangkap oleh kerajaan kerana memberi dana sebanyak 3,0000,000 SR kepada tandhim, selain memberi pujian kepada mujahidin dan memberi fatāwā, sumbangsaran, terlibat dalam tahkīm dalam arena dan sebagainya.

Namun setelah terjadinya konflik, telah tersebar video ta’līq Imam ke atas perbuatan Dawlah, silakan dengar pada pautan link:

Di dalam video ini, Imam menyatakan bahawa Dawlah tidak boleh memaksa faksi-faksi semisal Ahrar untuk tunduk kepada sayap mereka iaitu JN, ianya bukanlah perbuatan orang yang menghendaki kebaikan. al-Baghdadi juga bukanlah Khalifah ummah, dia tidak mempunyai autoriti untuk berbuat demikian.

Namun penyokong Dawlah membawa kaedah, {Orang di belakang penjara tidak boleh memberi fatwā}, wallahi ianya suatu bid’ah! Begitu juga keadaan Imam, ia diucapkan selepas beliau dilepaskan buat seketika suatu masa dahulu.

Selain itu tersebar juga tulisan surat menyatakan bahawa Imam masih lagi menyokong Dawlatul Islam [IS] dan beliau hanya menyatakannya di dalam majlis-majlis tertutup; berikut ialah perinciannya:

Surat ini merupakan tulisan seorang penyokong Dawlah dari Arab Saudi kepada Turki Al-Bin’ali yang berada pada simpan Ahmad al-Hamdan, namun pengutus surat ini ketika ini sedang dipenjarakan. Ketika diutus surat ini pertempuran antara IS dan mujahidin belum terjadi, dan surat ini dibertarikh 26 September 2013.

Berikut adalah terjemahan surat tersebut:

Terdapat perkara penting ingin aku bincangkan. Pada waktu terakhir aku berada di al-Qassim untuk menghadiri majlis pernikahan salah seorang ikhwah, antara tetamu yang hadir ialah Al-‘Alwan dan yang lain. Malangnya pendirian Syaikh Al-‘Alwān terhadap Dawlah sangat teruk. Dia selalu dikunjungi oleh ramai ikhwah dan shuyūkh, mereka menasihatinya. Tetapi pendirian dia terhadap Dawlah ialah sama seperti 10 tahun lalu terutamanya selepas kematian Abu Mus’ab al-Zarqāwi. Syaikh Nasir al-Thaqīl bertemu kami bersama ‘Ulyawi al-Shimri dan yang lain, mereka sangat marah kerana syaikh selalunya akan berpihak pada mereka ketika mereka datang menemuinya. Namun ketika mereka pergi syaikh akan mengatakan hal yang berlawanan. Keadaan dia amat sukar. Dia mengatakan penyimpangan (Dawlah) ini terjadi sewaktu hidupnya Abu Mus’a al-Zarqāwi lagi. Hanyasanya al-Zarqāwi senang menerima nasihat dan penyimpangan ketika itu bukan pada manhaj umum kelompok mereka! Dan dia juga mengatakan – menurut maklumat yang aku terima – teramat marah dengan buku مد الأيادي. Dia mengatakan di dalam buku tersebut didapati terdapat kenyataan bahawa sesiapa yang tidak memberi bay’ah perlu diperangi, dan ini manhaj umum mereka dalam memerangi sesiapa yang tidak memberi bay’ah.

Justeru, Al-‘Alwān perlu dibiarkan tidak beepihak (ketika terjadi infighting awal antara IS dan mujahidin yang lain) kerana untuk meyakinkan dia (dari sudut fikrah) amat sukar. Aku juga bertanya kepada dia, “dan adakah engkau rasa mereka (IS) telah disusupi (perisik)? Kerana tiada apa lagi yang tinggal selain itu.” Dia jawab, tidak.

Kemudian aku mengingatkan pada akhir perbualan, bahawa Dawlah, seteruk manapun ia di mata kamu, mereka masih tidak seteruk Surūri yang kamu bersama mereka menentang kami. Niat aku supaya dia berhenti bercakap, dan aku akan hantarkan kepada engkau isi penting yang mana aku telah kumpulkan dari mereka yang hadir pada perjumpaan itu. Dan mereka ini kebanyakannya merupakan ikhwah yang boleh dipercayai:

1. Perbezaan dengan Dawlah Islam ini sejak 10 tahun lalu, sejak kematian Abu Mus’ab (rahimahullāh).

2. Menghalalkan darah mereka yang tidak memberi bay’ah, dan ini merupakan manhaj umum kelompok tersebut.

3. Membunuh kerana kepentingan.

4. Tidak menerima nasihat.

5. Tidak menerima penghukuman (tahkīm) sekiranya tidak selaras dengan apa yang mereka mahu.

6. Mereka ini jahil.

7. Mereka tuduh lawan mereka dengan sesuatu isu dan kemudian mereka menjustifikannya/melakukannya.

8. Sebahagian shar’i meluahkah hasrat mereka mahu keluar tetapi takut dibunuh.

9. Memberi kebenaran peningkatan kelompok, seperti terjadinya pemisahan Jama’ah Ajnād al-Aqsa

10. Menyia-nyiakan darah Abi Mariyah.

11. Membunuh 50 Ansār.

Inilah, terdapat yang lain juga namun kami tidak senaraikan kerana tiada kesepakatan antara kami.

Di sebalik segala keburukan yang diutaraka al-‘Alwān, dia akan mengungkapkan “ini hanyalah setitik dari lautan!” Justeru aku katakan keadaan ini amat sukar. Para ikhwah dan shuyūkh sudah mengalah daripadanya, sebahagian pula sudah meninggalkannya dan ramai yang tidak lagi mengikuti kuliahnya.

ULASAN BERKENAAN SURAT TERSEBUT

Pada akhir tulisannya, beliau (Ahmad al-Hamdan) menyatakan sememangnya akan timbul penafian atau keraguan berkenaan kebenaran surat tersebut. Samaada ianya diubah atau sememangnya penipuan. Buat orang sebegini beliau bahkan menawarkan mubāhalah dengan mengatakan: Aku bersedia mengadakan mubāhalah berkenaan kesahihan surat ini pada bila-bila masa mengikut kehendak mereka yang mengkritik.

Adapun dari sisi realiti, kami juga melihat bahawa majoriti masyaikh dan tālibul ‘ilm yang berhijrah ke Syria serta mempunyai hubungan dengan syaikh, tidak menyertai IS. Dan mereka antara yang terkedepan menentang penipuan kelompok tersebut, baik melalui tulisan mahupun penentangan fizikal. Terutamanya Syaikh Abdullah al-Muhaysani, juga Syaikh Ali al-‘Urjani.

Malah video yang berisi suara Imam di atas turut menafikan isi kandungan surat tersebut secara umum!

BENARKAH SYAIKH ABDUL AZIZ AL-TARIFI MENYOKONG DAWLAH AL-BAGHDADIYYAH [IS]?

Sebagai seorang ‘ulama yang adil dan insaf, jauh daripada sifat terburu-buru dan tergesa-gesa, Syaikh al-Tarifi mempunyai stand yang jelas berkenaan perkara ini. Keputusan beliau dilakukan berdasarkan ilmu dan dalil, bukannya atas dasar hawa nafsu.

Syaikh al-Muhaddith Abdulaziz bin Marzūq al-Tarīfī حفظه الله pernah ditanya berkenaan kewujudan wilāyah al-kubrā (suatu wilayah besar yang menghimpunkan daerah-daerah di bawah suatu pimpinan jamā’ah atau tandhim, ini merujuk kepada institusi jamā’ah al-Dawlah [IS] secara khususnya), oleh pelajar beliau yang merupakan salah seorang admin page Zedni Ilma, Syaikh al-Tarīfī berkata:

“Tiada, apa yang ada hanyalah kepimpinan yang dikuasai faksi-faksi militan yang tidak bergabung sesama mereka -semoga Allah menggabungkan sesama mereka- Barangsiapa yang menyangka mana-mana jamā’ah dalam kalangan mereka memiliki hak wilayatul kubrā, maka dia jahil. Dan sesiapa yang menyangka jamā’ah itu mempunyai wilayah (hak pemerintahan umum) ke atas ummah secara umum, maka orang ini lebih jāhil. Ibarat beza antara wilāyah kubrā dan sughrā ialah ibarat masjid utama sesuatu tempat yang makmur, dengan musallā bagi musafirin yang hanya digunakan sementara. Yang awal (masjid jami’), baginya hukum hakam masjid seperti i’tikāf, salāt jumu’ah, dan kebersihannya daripada sekalian junub dan ha’idh, dan ini semua tiada pada yang kedua (musallā), dan bukanlah mereka yang tidak mahu menjadikan musallā sepertimana masājid itu orang yang jahil lagi benci akan masājid, namun orang itu menjaga syi’ar Allāh daripada pencemaran. Apatahlagi berkenaan isu lawāzim apabila berbicara berhubung wilaāyatul kubrā yang lebih besar, penting buat agama ini, dan berisiko perbincangannya.” [انتهى]

Dalam kesempatan yang lain, salah seorang pelajarnya menghubungi Syaikha al-Tarifi dalam talian seraya bertanya tentang hukum berbai’ah secara kāmilah dengan Tandhim al-Baghdadiyyah, Syaikh al-Tarifi menjawab:

انه لا يجوز، والله أعلم.
“Ianya tidak dibenarkan, Allah lebih mengetahui (akan kebenarannya).” [انتهى]

Bai’ah kāmilah di sini bermaksud bai’ah ke atas wilayatul kubrā dan ‘ammah buat umat, mentaati al-Baghdadi dalam segenap urusan, sekalipun untuk memerangi mereka yang menyelisihi tandhim mereka secara mujarrad.

Tersebar juga dalam Twitter berkenaan soalan beberapa pelajar yang disebarluas oleh ramai termasuklah tokoh-tokoh Irja’, disoal kepada Syaikh al-Tarifi adakah Jamā’ah al-Dawlah itu Khawārij. Syaikh al-Tarifi mempunyai dua jawaban yang berbeza, sebelum dan selepas. Sebelum penyelewengan Dawlah, beliau berkata:

“Kita tidak boleh menyatakan mereka Khawārij,”

Syaikh al-Tarifi justeru menyatakan kesilapan mereka harus ditegur oleh para ‘ulama dan syar’i dalam arena. Malah Syaikh menyatakan khitāb بجنودنا {oleh tentera kami}, menunjukkan sokongan umum kepada mujāhidin di Irāq {tanpa mengira apa-apa fasā’il}. Video ini diambil oleh musuh-musuh Syaikh al-Tarifi seraya mengatakan ia sebagai bahan bukti hubungan Syaikh al-Tarifi dengan Tandhim al-Dawlah.

Selepas, berlakunya konflik antara JN-Dawlah, serta terzahirnya penyelewengan yang sampai ke telinga masyāikh semisal Sulayman al-‘Alwan dan ‘Abdulaziz al-Tarifi (yang menjadi panutan Mufti Turki al-Bin’ali..!), Syaikh al-Tarifi apabila ditanya berkenaan Jamā’ah al-Dawlah, beliau berkata:

“Tiada syak bahawa mereka itu Khawarij, ianya jelas sepertimana jelasnya matahari ini {sambil menunjukkan tangannya ke matahari}.”

Kenyataan ini membuatkan pihak syar’i menyesatkan ‘Abdulaziz al-Tarifi.

NASIHAT AL-TARIFI

Syaikh Abdulaziz al-Tarifi حفظه الله di dalam satu quote beliau pernah berkata:

“Termasuk dalam kesesatan ialah: seseorang menganggap individu atau sesuatu kumpulan; mewakili agama Islam secara total, lantas melaksanakan hukum mereka yang menyelisihi Islam ke atas orang yang menyelisihi mereka (individu/jamaah), serta hukum musuh-musuh Islam ke atas orang yang memusuhi mereka (individu/jamaah), Islam itu menghukum (setiap organisasi), bukan dihukumkan ke atasnya (menurut corak mana-mana jemaah/individu).”

Seakan-akan quote ini ditujukan kepada jamaah yang menghukum mereka yang menyelisihi jamaah tersebut dengan hukum-hakam fundamental agama seperti Iman, kufur, riddah. Maklum, gerakan itu dalam arena, agak-agaknya siapa kan.

Semoga Allah menetapkan kita atas jalan kebenaran, kesatuan dan perpaduan.

KESIMPULAN

Kedua-dua ulama ini menafikan wilayah al-kubrā di Shām, serta keabsahan label “Khilāfah” buat Jama’ah al-Dawlah al-Baghdadiyyah [ISIS], malah mentahzir ummah daripada mengikuti, berbai’ah, menyokong jenayah mereka ini.

Kita memohon Allah akan tawfiq, hidayah dan ketepatan. Ameen.

Ditulis sebahagiannya oleh,

ABŪ FĀRŪQ AL-ARĪFĪ

Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s