Organisasi hanya Wahana!

Melaksanakan agama Allah dan syari’atNya merupakan suatu kewajiban sebagai khalifah (penerus legasi kehidupan) di bumi. Selain kewajiban mengembang biakkan zuriat manusia bertujuan al-tanasul, Allah ‘azzā wajjallā juga menurunkan al-Kitāb untuk ditegakkan dan agama untuk di`amalkan, menghapus segala cara yang bertentangan dengan arahanNya. Sepertimana firmanNya:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

“Dan ketikamana Tuhan kamu berkata kepada malaikat: Aku ingin menjadikan khalifah di atas muka bumi..” [al-Baqarah: ٣٠]

Khalifah secara bahasa ialah penerus, pengganti yang melaksanakan suatu tanggungjawab. Secara istilah syar’iy pula ialah pemimpin yang harus melaksanakan perkara-perkara berupa penjagaan ke atas kemaslahatan hidup mereka keseluruhannya.

Apabila diarahkan untuk melaksanakan agama, ditaqdirkan manusia itu berkembang biak dan bertambah bilangannya. Maka tidak boleh tidak, percampuran dan perhubungan sesama manusia itu harus wujud. Aspek sosial itu wujud dan mempunyai nilai terpenting dalam penegakkan agama dan syarī’ah. Oleh itu, dalam kerangka sosial, Allah mewajibkan al-ijtimā’ iaitu perpaduan dan kesatuan, di atas jalanNya, dan agamaNya. Sekaligus memberi indikasi, perlaksanaan suatu kerja bagi mencapai objektif secara berkumpulan, berjamā’ah, mempunyai tandhīm (organisasi). FirmanNya:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

“Berpeganglah kalian pada tali Allah, berjama’ah. Dan janganlah kalian berpecah-belah..” (Āli ‘Imrān: ١٠٣]

Tali Allah ialah al-Qur’ān dan agama Islām, menurut para mufassirīn semisal Ibn ‘Abbās, Mujāhid & al-Dhahhak. [الطبري]

Dalam ayat ini Allah mengutamakan kesatuan bagi menatijahkan keharmonian sosial, untuk menegakkan agama Allah yang rahmah buat sekalian ‘alam. Allah berbicara dengan konsep suatu umat yang satu, saling berbantu antara satu sama lain dalam berpegang pada taliNya iaitu al-Qur’ān dan al-Sunnah. FirmanNya:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى

“Berbantu-bantulah kalian dalam perkara kebaikan & taqwā.” [al-Mā’idah: ٢]

al-Birr ialah perkara kebaikan yang ‘umum, meliputi semua hubungan kemanusiaan sama ada mukmin atau kāfir. Sekiranya jelas kezaliman, maka seseorang itu harus bangkit membela kebenaran dan yang terzalimi. Maka ianya tugas kemanusiaan sejagat dalam membanteras kezaliman, dan ianya perintah Allah, ianya harus dan wajib didominasi oleh kaum Mukminin. Menunjukkan kewajiban kaum Mukminin menguasai dunia dan menegakkan hukum Allah, dengan apa jua cara sekalipun.

al-Taqwā ialah aspek penegakkan agama Allah ta’āla, iaitu jihād dan dakwah. Justeru, ianya merupakan tugas khusus para kader dakwah & tarbiyyah yang umum diketahui menceburi berbagai jenis wahana dan corak perjuangan bagi mencapai ghāyah (objektif) yang disasarkan iaitu I’lā’ KalimatiLlāh (meninggikan syari’at Allah).

SATU USUL, BERBAGAI WAHANA

Allah menjelaskan kepelbagaian manusia dalam  pemilihan wahana dan perbezaan organisasi serta persatuan hanyalah perbezaan relatif. Kebenaran tidak tertakluk pada suatu organisasi sahaja, mereka sebagai satu umat harus berbantu-bantu dalam perkara kebenaran dan berlepas diri daripada perkara dosa & permusuhan.

Islam lebih unggul dan tinggi daripada untuk diterhadkan kepada mana-mana organisasi, pertubuhan, kesatuan, parti politik atau sebagainya. Diriwayatkan daripada ‘Umar ibn al-Khattāb dan ‘Abdullāh ibn ‘Abbās bahawa mereka berdua berkata:

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه

“Islam itu tertinggi, dan tiada yang tinggi (lagi di atasnya).” [HR al-Baihaqiy dalam al-Sunan, dan al-Tabraniy dalam al-Mu’jām]

Justeru, Islām tidak terhad terhadap kepada hanya satu organisasi. Islam itu menghukum atas sekalian organisasi dan kumpulan, bukan dihukum baginya sesuatu organisasi atau kumpulan.

Menterhadkan Islām hanya pada jamā’ah sendiri ialah suatu syndrom syok sendiri, mendekati takfīr yang mana ianya merupakan suatu isu yang begitu besar, berat dan membahayakan. Islām datang untuk memberi rahmat, penerangan & kemaslahatan. Laknat dan celaan pula untuk mereka yang berdegil dan berniat jahat ingin meruntuhkan rahmat dan kemaslahatan (penegakkan agama Allah).

Begitulah manhaj Ahl al-Sunnah wal Jamā’ah dalam berjamā’ah, baik berorientasikan harakiy atau jihadiy. Tiada yang lebih merosakkan kerja dakwah dan jihād melainkan kelompok yang ekstrim hingga melakukan takfir ke atas kelompok yang “tidak sehaluan” dengan mereka,  hanya kerana perbezaan dalam furū’, dan yang lagi teruk: hanya kerana keluar jamā’ah, organisai atau parti sahaja, hanya kerana menolak bai’ah khas terhadap amir sesuatu gerakan tersebut.

Ianya merupakan suatu balā’ ke atas organisasi dakwah & jihād.

Sudah masanya kita bersatu, musuh tidak membunuh anda seraya memikir anda Salafi-Najdi atau Ash’ari atau Maturidi atau Deobandi-Hanafi. Musuh tidak memerangi fikrah Islami anda sambil mengambil kira anda UMNO, PAS, Amanah, ISMA, IKRAM atau lain-lain. Dakyah maksiat tidak akan mengambil kira sama ada anda Tarbiah Sentap, Inspirasee, AQADA, atau anda mengikuti mana-mana gerakan individual seperti Muharikah dan lain-lain.

Ianya tentang ta’āwun dalam mujtama’ al-islamiy. Khilaf ialah suatu perkara yang harus dihadapi dan disantuni dengan adāb dan budaya perbincangan yang ‘ilmiah dan kritis. Apabila bertemu isu yang lebih besar, maka bersatulah dan tinggalkan perbalahan tadi. Apa yang berlaku di meja, tinggalkan di meja sebentar!

Ramai lagi orang susah, sedangkan “pejuang” masih bertelagah. Ramai lagi di luar sana yang masih merempat, sedang sesama “pejuang” masih mengumpat. Seharusnya fokus dan gerak kerja ditentukan untuk menjalankan aktiviti kebajikan & penyebaran ‘ilmu, sekalipun berbeza wahana & wasilah. Kita tetap Muslim.

Jika berbangga dengan nama Islām, namun kemiskinan masih bermaharajalela, hukum buatan manusia yang menghasilkan jenayah “kebebasan” dan krisis nilai masih bertakhta, Inikah Islām?

Inikah Islam yang membawa rahmat dan dibawa oleh Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam? Sudah tentu bukan.

 

ABU FARUQ AL-‘ARIFFIY

4 Sya’bān 1438H.

Putrajaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s