Su’alat al-‘Ariffiy: Ustadh Kamilin Jamilin

Segala puji bagi Allah, salawāt dan salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Amma ba’d:

Pada tarikh 26 Rajab 1437H bersamaan 23 April 2017M, saya telah berhubung dengan guru saya yang mulia, al-Ustādh Ahmad Kamil bin Jamilin حفظه الله melalui aplikasi “Messenger” di Facebook, melalui akaun peribadinya. Saya mengikuti beliau dengan kuliah-kuliahnya di Youtube, khususnya sharh beliau ke atas Nukhbat al-Fikar oleh al-Imām Ibn Hajar al-‘Asqalaniy رحمه الله, juga Kitab al-Adāb dari kitab Bulūgh al-Marām, oleh Ibn Hajar juga.

BIODATA SYAIKHUNA AL-USTĀDH KAMILIN JAMILIN حفظه الله 

ustazkamilin

Ustādh Kamilin Jamilin atau nama sebenarnya, Ahmad Kamil bin Jamilin merupakan salah seorang asātidhah baharu dan ulung di Malaysia, kerana kekuatan hafazannya ke atas Kitābullah, hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam, kalām ulamā’ dan syi’r-syi’r ‘Arab. Begitu juga dengan laras katanya yang begitu harmoni dan mendamaikan.

Beliau merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negeri Selangor tahun 2001. Beliau juga memperoleh Diploma Tahfiz al-Qur’ān dari Darul Qur’ān, JAKIM (kini bakal dinaiktaraf Kolej Universiti Islam Malaysia) kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, di Kuliyyah Hadis al-Nabawiy di Universiti Islam di al-Madinah al-Munawwarah, ‘Arab Saudi, dengan kepujian kelas pertama pada tahun 2008. Mendapat anugerah cemerlang, tidak terkira ketika disana.

Kemudian beliau melanjutkan pendidikan ke peringkat Ijazah Sarjana, di Kuliyah Thaqāfah al-Islamiyyah, qism al-Tarbiyyah; khusus dalam bidang Hadis dan ‘ilmu yang berkaitan dengannya, khususnya ‘Ilmu Rijāl al-Hadis di Universiti Raja Sa’ud di Riyādh, ‘Arab Saudi, dengan tajuk “Mawārid al-Hāfidh al-Mughlatây fī kitābihī Ikmāl Tahzīb al-Kamāl”, berjaya mendapat mumtaz syaraf ulā pada tahun 2013.

Beliau bakal mendapat gelaran “duktūrah”, kini dalam tempoh menyiapkan thesis Ph.D beliau di dalam bidang al-Jarh wa Ta’dīl (‘Ilmu Rijāl) di Universiti Sains Islām Malaysia (USIM) tahun lepas (2016), atau tahun ini. Tanpa gelaran itu pun, umum mengetahui akan kehebatan datakeeper Melayu zaman ini, baqiyyat al-salāf juga a’immah al-huffādh ketika kurun Mutaqaddimīn.

Beliau berguru dengan berbagai-bagai guru hadīs di ‘Arab Saudi khususnya guru yang menyelia thesis master beliau iaitu: Syaikh Dr. ‘Ali ibn ‘Abdillah al-Sayyah حفظه الله, yang mengajar hadis di Universiti Raja Sa’ud, dan saya hanya mampu mengikuti program pengajaran hadis interaktif beliau berkenaan Sinā’ah al-Hadith dan ‘Amali Takhrīj melalui Youtube.

Kini, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, USIM, dan aktif mengajar ‘ilmu hadis dan menyampaikan ceramah berkenaan isu-isu keagamaan di sekitar Malaysia. Beliau juga aktif di page Facebook beliau, “Kamilin Jamilin – Seni Hadith”, yang mempunyai begitu banyak fawā’id hadīthiyyah buat para tālib al-‘ilm.

Beliau sentiasa memberi semangat kepada kami, orang muda dalam menuntut ‘ilmu dan mementingkan aspek hafazan dalam menuntut ‘ilmu sebelum melakukan proses analisis & konklusi. Hafazan ialah modal.

Semoga Allah menjaga beliau dan keluarganya daripada segala keburukan dan kejahatan. Semoga Allah sentiasa memanfaatkan beliau buat umat Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam.

SOALANKU KEPADA BELIAU حفظه الله 

Saya telah bertanya kepada beliau berkenaan isu memarfu’kan hadis yang mawqūf, adakah ianya merupakan manhaj para Imam-Imam dan huffādh Mutaqaddimin ataupun tidak.

Saya mengikuti siri video pengajian Syaikh al-Musnid al-Muhaddith ‘Abdullah bin Sālih al-‘Ubaid حفظه الله (antara guruku yang memberi ijazah sanad kitab-kitab Syaikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab, dan dirujuk berkenaan isu ‘ulum al-hadis), beliau seorang ahli hadis bermanhaj mutaqaddimīn dari ‘Arab Saudi. Saya mengikuti salah satu videonya dan beliau menyatakan bahawa memarfu’kan hadis-hadis mawquf ialah manhaj para a’immah al-huffādh semisal Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Hātim dan lain-lain, juga di kalangan mutaakhirīn (sudah semestinya) semisal Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim sebagai tanda tawassu’ (memberi keluasan) terhadap riwāyah dan konteks perbahasan.

Namun saya juga pernah membaca perbahasan merafa’kan hadis yang mawquf ini diklasifikasikan sebagai suatu ‘ilal (kecacatan) yang meng-indikasi keda’īfan pada sesuatu riwāyah/hadis yang disangkakan sebagai marfu’ kepada Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam, manakala memarfu’kan suatu riwayat yang mawqūf ialah suatu manhaj ahli al-Ra’yi di Kufah. Sepertimana yang saya dengar dalam rakaman kuliyyah Syaikh al-Hāfidh, ‘Abdul ‘Azīz al-Tarīfi di bawah tajuk “Hadis-Hadis yang Ma’lul berkenaan Salāt”, ketika isu hadis Qunut witr sepanjang tahun. Hadis sanad Kufiy yang penuh wahm, status rafa’ dan mawquf bercampur.

Begini soalan saya kepada Syaikhuna Kamilin Jamilin حفظه الله:

السلام عليكم، استاذنا الكريم. حياك الله وبياك.. عندي سؤال… هل من منهج الأئمة الحفاظ: ذكر الحديث الموقوف بالحديث المرفوع..؟ وكما انني قرأت في بعض المؤلفات، ان هذا منهج اهل الرأي من الكوفيين.. كما ذكرت ايضا الشيخ عبد العزيز الطريفي.. كما حكى بعض تلاميذه.. ارجو منك التوضيح..

“Assalamu’alaikum, wahai ustādh kami yang mulia. Moga Allah memuliakanmu dan sentiasa menjagamu. Saya mempunyai satu soalan. Adakah termasuk dalam manhaj Imam-Imam huffādh: “Menyebut hadis mawquf dengan statusnya hadis marfu’?” (Tapi), sepertimana yang saya baca dalam sesetengah karya (ulamā’), ini merupakan manhaj ahli al-Ra’yi di kalangan ahli Kufah, begitu juga yang dinyatakan oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz al-Tarifi, seperti yang disampaikan oleh sesetengah muridnya. Minta penjelasan daripada ustādh.”

Lalu saya memberi video Syaikh Abdullah al-‘Ubaid tersebut yang menyatakan sedemikian. Begini respon awal Syaikhuna Kamilin Jamilin, beliau membalas dalam bahasa ‘Arab awalnya, namun bagi memudahkan interaksi bersama saya, beliau meneruskan dengan bahasa ibunda. Kata beliau حفظه الله:

Akhil karim..Apa yg disebut Syeikhna Hafiz al-‘Asr, al-Tarifiy itu merujuk pada ahli Kufah begitu juga Baghdad yang banyak meriwayatkan hadis secara makna atau tersilap dari sudut yang disebutkan kerana ingatan mereka tidak seperti ahli Hijaz..Sebab ahli Hijaz lambat mendapat teknologi tulisan yg memungkinkan memori mereka lebih kuat dalam meriwayatkan sanad atau matan hadis… Berbeza dengan ahli Kufah atau Baghdad yang memori mereka biasanya berkurangan kerana teknologi penulisan mereka yang lebih ke hadapan berbanding Hijaz…

Ujar beliau lagi:

Kita tidak boleh kata ianya suatu manhaj sebab manhaj merupakan suatu perilaku lazim yg dilakukan kerana sebab-sebab tertentu..Tapi apa yang disebutkan lebih kepada kesilapan dalam meriwayat…Bagaimana suatu kesilapan boleh dijadikan manhaj?

Beliau menambah:

Memang yang ana tahu sebahagian ulama dahulu mcm al-Bukhariy, Muslim dan lain-lain apabila mereka buat sebegitu sebenarnya merupakan sebahagian dari cara ta’lil hadis, bukan tasahul.. Dan, memang ahli Kufah dan ahli al-Ra’yi yang sebahagiannya ‘ajam banyak yang memarfu’kan yang mawquf… Merafa’kan mawquf lebih byk dari sebaliknya..

Kemudian, baru beliau merespon terhadap kenyataan Syaikh ‘Abdullah al-‘Ubaid dalam video tersebut.

خلاصة كلامه أنه يقول ان المحدثين يدخلون الموقوف مع المرفوع في كتبهم ثم كأنه استحضر اعتراضا وهو أن الامام احمد لم يذكر في المسند الموقوفات فقال إنه ذكر احاديث مرفوعة لكنه رجح خارج المسند أنها موقوفة كلام غريب جدا كيف يوردون الموقوف على أنه مرفوع ؟ يعني يذكرونه مرفوعا وهم يعتقدون أنه موقوف يقول: ابن تيمية وابن القيم يورون الموقوف على أنه مرفوع إذا كان يقصد انهم يحتجون بالموقوف فهذه مسالة أخرى وهي حكم قول الصحابي وفيها خلاف مشهور وإذا كان يقول إن هذا خاص بالمرفوع حكما فليأت بالعبارة المشهورة أن بعض ما ورد عن الصحابة له حكم الرفع
Kesimpulan daripada kalam beliau (Syaikh al-‘Ubaid) ialah para ahli Hadis menyertakan hadis-hadis mawquf dengan hadis marfu’ di dalam kitab mereka kemudian beliau membawa suatu contoh bahawa Imam Ahmad tidak menyebut suatu hadis dalam al-Musnad-nya sebagai mawqufāt, dan dia menyatakan riwayat itu marfu’ah. Namun, beliau merajihkan riwayat itu sebagai mawquf di luar al-Musnad. Kalam ini sungguh gharib (aneh), bagaimana mereka mewaridkannya sebagai mawquf sedangkan ianya berstatus marfu’? Dia (Syaikh al-‘Ubaid) berkata lagi: Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim menggunakan riwayat-riwayat mawqūf dan menghukumnya sebagai marfu’, sekiranya dia maksudkan ialah isu penggunakan riwayat mawqūf maka ini perbahasan yang lain, ianya hukum Qawl al-Sahabi dan padanya khilāf yang masyhur. Dan bila dia kata: Sesungguhnya (riwayat ini) hukumnya marfu’, maka hendaklah dia datangkan dengan ‘ibarat yang masyhur bahawa sebahagian yang warid dari sahabah (melakukan sedemikian) bagi menyatakan “baginya hukum rafa’,”,
هو قال بعد ذلك في الموقوفات قد يكون لها حكم الرفع طيب لو قال ما كان له حكم الرفع فإنهم يعطونه حكم الرفع هذا لا اشكال فيه مع أن الامام أحمد لا يذكر الموقوفات مطلقا وكذلك الإمام مسلم ترك كل الموقوفات
وقوله ان الامام احمد ذكر في المسند الف حديث مرفوعة ثم حكم عليها بالوقف خارج هذا -لو صح- لا يدل على ما قال لأن الامام أحمد يورد الضعيف في مسنده فتكون مرفوعة ضعيفة ثم قد يكون اجتهاد الامام احمد اختلف في هذه الأحاديث فتغير حكمه
Kemudian dia (Syaikh al-‘Ubaid) berkata bahawa: Riwayat Mawqufāt telah dihukumkan kepadanya (a’immah) dengan hukum marfu’, baik, sekiranya begitu, maka (a’immah) memang telah melakukan sedemikian (hukum marfu’) dan ini tiada masalah padanya, berikutan dengan (manhaj) Imam Ahmad yang tidak mengingkari kesemua riwayat mawqufāt secara mutlaq, manakala Imam Muslim meninggalkan segala jenis bentuk riwayat mawqufāt.
Dan katanya (Syaikh al-‘Ubaid) bahawa Imam Ahmad ibn Hanbal menyebutkan seribu hadis di dalam al-Musnad secara marfu’ kemudian ditarjihkannya sebagai mawquf di luar al-Musnad, ini -sekiranya benar- maka ini tanda bahawa Imam Ahmad hendak menda’īfkan hadis tersebut (yang di dalam al-Musnad-nya tersebut), maka ia menjadi marfu’ yang da’if (kerana hanya berstatus mawqūf pada sahabah), dan (ia kerana) Imam Ahmad menukar pendapatnya, lantas dia mengubah hukum ke atas sesuatu hadis tersebut.”
انتهى
Berhenti (setakat itu sahaja).
Berikut ialah gambar jawaban yang beliau حفظه الله berikan, dan beliau menganjurkan saya untuk menterjemahkannya, buat manfaat saudara serumpun, berkenaan ‘ilmu Manāhij Muhaddithīn.
Screen Shot 2017-04-24 at 12.34.45 PM
Alhamdulillāh, begitulah fawā’id daripada beliau.
Saya juga baru sahaja membeli karya ketiga beliau iaitu “200 Soal Jawab berkenaan Hadis”, yang diterbitkan Karya Bestari. Menurut beliau dalam video bedah buku tersebut, asalnya buku tersebut lebih panjang dan tebal lagi namun dipendekkan dan diedit atas tujuan-tujuan tertentu. Moga ianya bermanfaat, khusus buat para penuntut ‘ilmu, lebih khusus lagi kepadapara penuntut ‘ilmu Hadis.
ULASAN SYAIKH AL-TARIFI BERKENAAN ISU MEMARFU’KAN HADIS MAWQUF DI SISI AHLI AL-RA’YI (AL-KUFIYYĪN)
Ketika beliau membahaskan tentang hadis-hadis ma’lul (cacat) dalam perbahasan salāt, beliau melalui hadis berkenaan Qunut Witir yang matannya berbunyi:
إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قنت في وتره
“Bahawa, Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam berqunut ketika witirnya. (sepanjang masa/tahun).”
Berkata Syaikh al-Tarifi فك الله اسره:
“Hadis ini diriwayatkan oleh al-Dāraqutniy dalam al-Sunan daripada jalur ‘Amru bin Shimr daripada Salām; atau Sulām daripada Suwaid bin Ghaflah, daripada Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali ibn Abi Tālib bahawa Rasulullāh sallallahu ‘alayhi wasallam dan mereka semua berqunut witir. Dan hal ini merupakan khabar munkar. Sekalipun ‘Amru bin Shimr ini merupakan salah seorang daripada thiqāt.
Suwaid tidak pernah bertemu Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman. Suwaid hanya bertemu ‘Ali dan ashab beliau di Kufah yang melaksanakan qunut witir (riwayat mawquf) kemudian menyatakan bahawa Rasul, dan tiga khalifah sebelum ‘Ali melakukannya (menaikkan status marfu’).
Tambahan pula, amalan Rasul dan empat khalifah dihimpunkan dalam satu sanad yang bāligh tanpa menerusi wasītah, sedangkan Suwaid tidak hidup di zaman mereka semua.  Bahkan ini suatu pendustaan ke atas Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam, sekiranya dilakukan dengan sengaja.”
Itu perkataan beliau ke atas status hadis itu dan faktor ‘ilal. Berikut ialah berkenaan manhaj al-Ra’yi dalam isu ini dan sebabnya:
وهذا إسناد كوفي، وينبغي أن نعلم أن أهل الكوفة من جهة عادتهم في رواية الأحاديث أنهم ربما رووا حديثاً موقوفاً وجعلوه مرفوعاً، وربما تجوزوا بالأقيسة فجعلوا ما كان من قول صحابي أنه يكون قولاً لمن دونه، وما كان لخليفة فإنه يكون أيضاً للخليفة الآخر، وذلك عندهم كما تقدم معنا في بعض المجالس أنهم يبالغون في مسألة القياس والرأي, وذلك أن المسائل الفقهية عندهم يكثرون القياس فيها ولو كانت في أمور العبادات، ولهذا يهمون ويغلطون.ومن أظهر الأوهام عند الكوفيين ما يتعلق بقنوت الوتر، ومن نظر إلى مسألة قنوت الوتر عند الكوفيين يجد أنها من المسائل المشكلة عندهم، وسبب ذلك: أن فقهاءهم يرون القنوت في الوتر، وعمدتهم في ذلك ما جاء عن عبد الله بن مسعود وعن عمر
“Dan hadis ini, sanadnya Kufiy. Dan hendaklah kita ketahui bahawa ahli Kufah secara adatnya, (dalam riwayat hadis) adalah kerapkali mereka meriwayatkan hadis yang mawquf dengan menjadikannya berstatus marfu’. Dan barangkali juga mereka membolehkan suatu ‘amalan dengan penggunaan qiyās lantas menjadikan kata-kata sahabiy sebagai perkataan yang selain mereka, apa yang dilakukan oleh khalifah mereka anggap dilakukan juga oleh khalifah sebelumnya, dan mereka juga (sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini) berlebihan dalam penggunaan Qiyās dan ‘Aqal. Mereka telah memperbanyakkan penggunaannya dalam perkara fiqhiyyah lantas mereka meluaskan penggunaannya hingga dalam perkara yang melibatkan ‘ibadah, atas sebab ini, mereka banyak terjebak kepada wahm dan kekeliruan. Dan antara kekeliruan yang paling terzahir ialah berkenaan masalah Qunut witir (ini). Sesiapa yang melihat kepada perbahasan ini, mereka akan mengetahui bahawa ianya suatu perbahasan/mushkilah bagi ahli Kufah, kerana ulamā’/fuqahā’ mereka berpandangan akan qunut witir (diamalkan sepanjang tahun), dan sandaran mereka ialah riwayat dari ‘Abdullah ibn Mas’ud dan ‘Umar ibn al-Khattab.”
Jelas, ianya merupakan manhaj buat ahli Kufah yang meriwayatkan hadis secara makna (riwayat bi-l ma’nā) dan menjadikan qiyās sebagai mi’yār bagi hukum.
Sekian.
ABU FARUQ AL-‘ARIFFIY
28 Rajab 1437H/25 April 2017M
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s