Syaikh al-Tarifi: Sahihkah Lafaz “Kufr Duna Kufrin”

Telah disoal kepada guru yang mulia, sang Muhaddith dan al-Hāfidh yang ulung ketika mudanya, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Marzuq al-Tarifi [semoga Allah mempercepatkan perlepasan beliau daripada penjara], berkenaan status kesahihan athār “Kufr dūna Kufr”.

Soalan:

ما صحة حديث (كفر دون كفر) لابن عباس في قوله تبارك وتعالى: {وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ} (المائدة: 44)؟

“Apakah kesahihan hadis (Kufrun dūna kufrin) daripada Ibn ‘Abbās dalam mentafsirkan firman Allah ta’āla: (Barangsesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah (al-Qur’ān), maka mereka itu orang-orang yang kāfir.) [al-Ma’idah: 44)

Jawaban al-Syaikh:

هو من الموقوف على ابن عباس، ولا يثبت بهذا اللفظ، فقد أخرجه ابن أبي حاتم، والحاكم في المستدرك، والبيهقي في السنن، والمروزي في تعظيم قدر الصلاة، وابن عبدالبر في التمهيد عن هشام بن حجير عن طاووس عن ابن عباس، في قوله تعالى: {وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ}(المائدة: 44)، قال: كفر دون كفر.

Ianya berstatus mawqūf kepada Ibn ‘Abbās, dan ianya tidak thābit dengan lafaz ini. Ianya telah diriwayatkan oleh Ibn Abī Hātim, al-Hākim dalam al-Mustadrak al-Bayhāqiy dalam al-Sunan, al-Marwadhi dalam Ta’dhīm Qadr al-Salāh, Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Tamhīd, daripada Hishām bin Hujair daripada Tāwūs daripada Ibn ‘Abbās, berkenaan firman Allah ta’āla: (Barangsesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah (al-Qur’ān), maka mereka itu orang-orang yang kāfir.), Kata (Ibn ‘Abbās): Kekufuran di bawah kekufuran.

وهشام بن حجير ضعفه أحمد وضعفه ابن معين جدًّا، وقال ابن عيينة: “لم نكن نأخذ عن هشام بن حجير ما لا نجده عند غيره”، وقال أبو حاتم: “يكتب حديثه”، وذكره العقيلي في الضعفاء، ووثقه العجلي وابن سعد.

Dan Hishām bin Hujair didha’ifkan oleh Ahmad, dan didha’ifkan secara tegas oleh Ibn Ma’īn (Yahya), berkata Ibn ‘Uyainah (Sufyān): “Kami tidak mengambil (riwāyah) daripada Hishām bin Hujair, apa yang kami tidak daripada daripada (perawi) selainnya.” Abu Hātim (al-Rāziy) berkata: “Hadisnya ditulis.” Dan, (Hishām) disenaraikan oleh al-‘Uqailíy dalam al-Dhu’afā’, dan beliau dihukum thiqah oleh al-‘Ijliy dan Ibn Sa’d.

وقد خولف في لفظه؛ فقد رواه المروزي في تعظيم قدر الصلاة، وابن جرير، وعبدالرزاق في المصنف من حديث معمر عن ابن طاووس عن أبيه، قال: سُئل ابن عباس عن قوله تعالى: {وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ} قال: هي به كفر.

وهذا هو الصحيح.

Dan (hakikatnya) lafaznya berlainan. Telah diriwayatkan al-Marwadhi dalam Ta’dhīm Qadr al-Salāh, Ibn Jarīr al-Tabari dan juga ‘Abd al-Razzāq dalam al-Musannaf daripada hadis Mi’mār daripada anak kepada Tāwūs daripada bapanya (Tāwūs), berkata: Disoal kepada Ibn ‘Abbās berkenaan ayat: (Barangsesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah (al-Qur’ān), maka mereka itu orang-orang yang kāfir.) (Ibn ‘Abbās) berkata: Ianya suatu kekufuran.

Dan inilah yang sahīh.

Penterjemah: Akhūkum fillāh, Abu Farūq al-‘Ariffiy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s